Wednesday, April 25, 2012

LANGKAH-LANGKAH MENGURUSKAN WANG SECARA SISTEMATIK

Kemahiran menguruskan wang, sama seperti kemahiran menjadi ibu bapa tidak diajar di sekolah-sekolah mahupun universiti. Sedangkan kita mula menguruskan wang sendiri sepenuhnya sejak memperoleh gaji / pendapatan sendiri sehinggalah kita meninggal dunia kelak.
Berikut adalah 8 langkah untuk tuan puan yang serius menguruskan wang dengan bijak dan sistematik.
1. Mempunyai Matlamat Kewangan
Kita semua mesti tahu apa yang kita mahu. Apakah yang kita mahukan apabila menjelang usia persaraan yang barangkali lagi 10, 20, 30 tahun akan datang? Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka masa panjang. Ibaratnya macam kita mahu menanam pokok durian.
Apabila kita mempunyai satu pandangan jauh, kita telah menetapkan langkah yang betul untuk berjaya. Kerana itulah Islam menyuruh kita berfikir mengenai mati, kerana keyakinan kita mengenai syurga neraka, kehidupan alam akhirat menyebabkan kita bersungguh-sungguh bekerja dengan penuh amanah di dunia.
2. Mempunyai Sumber Pendapatan yang Mencukupi
Dalam surah Yusuf, ayat 47 menyebut kepentingan menanam selama 7 tahun dengan bersungguh-sungguh.
Ya, dengan bersungguh-sungguh.
Dalam erti kata lain, sama ada kita makan gaji atau bekerja sendiri kita perlu benar-benar berjaya (termasuklah memperoleh gaji tinggi) dalam bidang kita. 7 tahun zaman senang itu tadi adalah untuk menghadapi 7 tahun zaman susah.
Jika kita tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi maka kita tidak dapat menyimpan seterusnya mengumpul aset-aset kekayaan. Apakah mempunyai hanya satu sumber pendapatan telah mencukupi? Bagaimana kita dapat menambah pendapatan sampingan?
3. Simpan Sebelum Belanja
Ayat 47, surah Yusuf juga menyebut dengan jelas hasil-hasil tanaman itu tadi disimpan dalam bentuk tangkai, selepas menyimpan barulah selebihnya kita belanjakan untuk hidup. Kita perlu menangguhkan kepuasan terlebih dahulu.
Sekiranya kita membelanjakan semua pendapatan kita terlebih dahulu dan jika ada lebih baru kita mahu simpan, maka itulah langkah paling berkesan untuk mencipta masalah kewangan yang kronik.
Gaji – simpanan = belanja.
Mudah.
4. Berbelanja dengan Bijak
Kita perlu mengenal pasti keutamaan perbelanjaan kita. Setelah kita menyelesaikan keperluan-keperluan asas hidup iaitu untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, kesihatan maka kita perlu pastikan kita mengumpul aset-aset terlebih dahulu. Dalam hal ini, penyata kewangan (financial statement) memainkan peranan penting untuk kita menguruskan kewangan. Angka-angka dalam penyata kewangan dapat memberi petunjuk kepada kita sama ada pembelian ‘harta’ kita adalah bersifat aset atau pun liabiliti.
Penyata kewangan juga dapat menentukan sama ada kita patut menumpukan membaiki aliran tunai atau dapat fokus menambah aset-aset untuk tujuan capital gain.
5. Menguruskan Risiko Kewangan
Risiko adalah sesuatu yang tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Apa yang kita dapat buat adalah menguruskan risiko tersebut dengan efektif. Bagi kebanyakan orang, cara paling mudah menguruskan risiko kewangan adalah dengan membeli produk-produk takaful.
Dan untuk menjadi seorang yang betul-betul berjaya dalam pengurusan kewangannya, ilmu adalah sangat penting kerana produk takaful tidak mampu menguruskan semua risiko kewangan kita. Adakah ada produk takaful yang dapat melindungi kita dari inflasi, kejatuhan harga saham atau kemerosotan bisnes?
6. Membayar Zakat (… dan cukai!)
Zakat dan sedekah merupakan proses 3+1. Dengan banyak memberi, kita dapat menyucikan harta, melindungi harta dan mengembangkan harta sekaligus. Harta-harta yang kita beri ini sama sekali tidak berkurangan, malah semakin bertambah dengan cara yang Allah sahaja yang tahu.
Zakat hanya untuk harta halal, manakala harta dari sumber haram kita perlu bersihkan 100%.
Manakala cukai pula, suka atau tidak kita pasti membayarnya! Duit itulah yang membolehkan kerajaan memberikan kita jalan, sekolah, longkang, hospital dan keperluan lainnya … untuk rakyat.
7. Membuat Pelaburan yang Bijak
Simpanan yang kita telah buat itu adalah untuk dijadikan modal pelaburan. Tujuan pelaburan kita adalah untuk kegunaan menunaikan haji, tabung persaraan, tabung pendidikan anak-anak, tabung percutian dan apa-apa sahaja matlamat kewangan kita.
Kita perlu tahu menyusun strategi pelaburan dengan bijak. Sama seperti permainan bola sepak, ada strategi menyerang seperti 4-3-3, ada strategi bertahan sepeti 5-4-1 mahupun false-nine (4-6-0) berdasarkan kelas aset tertentu.
8. Membahagikan Harta
Setelah kita berjaya mengumpul harta, jangan lupa menyediakan exit strategy ini kerana kita semua pasti mati. Selain faraid, kita ada instrumen-instrumen tertentu seperti wasiat, hibah, wakaf yang dapat menentukan ke mana harta kita selepas mati.
Pembahagian harta ini adalah sangat penting. Harta untuk anak angkat, anak luar nikah, anak susuan, tidak mempunyai anak lelaki misalnya antara isu pembahagian yang mesti diselesaikan sebelum mati.

CREDIT TO pakdi.net

CARA KENAL PASTI TABIAT BERBELANJA

Tetapkan matlamat anda.

Langkah pertama dalam pelan perancangan kewangan adalah dengan menetapkan matlamat kewangan seperti untuk membeli rumah, tujuan pendidikan anak atau keperluan selepas bersara.

Matlamat perancangan kewangan yang baik perlu dibuat secara lebih khusus, boleh diukur tahap pencapaiannya dan terikat kepada satu tempoh masa.

Matlamat itu mungkin boleh diubah mengikut keadaan, tetapi ia seharusnya menjadi faktor penggalak dan motivasi untuk meneruskan bajet dan perancangan kewangan.

Tahu ke mana wang anda mengalir.

Langkah seterusnya adalah melihat corak atau tabiat perbelanjaan. Tulis setiap butiran perbelanjaan yang dibuat untuk sesuatu jangka masa, contohnya perbelanjaan dalam tempoh dua bulan.

Jika mendapati anda berbelanja lebih daripada pendapatan, anda perlu menimbang untuk mengurangkan perbelanjaan ke atas barangan mewah atau perkara yang tidak perlu.

Apabila anda tahu ke mana wang itu mengalir, anda boleh mula membuat bajet dan mula menyimpan ke arah mencapai matlamat kewangan anda.

Peruntukan perbelanjaan akan bergantung kepada beberapa faktor seperti usia, pendapatan, tempoh masa dan corak perbelanjaan.

Bagaimanapun anda seharusnya menyediakan sejumlah wang atau simpanan bagi tujuan kegunaan di masa kecemasan seperti jatuh sakit atau dibuang kerja.

Jumlah simpanan bagi tujuan kecemasan ini perlu menyamai jumlah perbelanjaan anda untuk tempoh kira-kira enam bulan.

Menilai dan menyemak semula

Langkah terakhir dalam menentukan kejayaan sesuatu perancangan kewangan adalah dengan menilai dan menyemak semula pelan itu secara kerap.

Perancangan kewangan mungkin berubah apabila keperluan kita berubah apabila semakin menghampiri matlamat.

Jika anda mendapati agak sukar mencapai matlamat mengikut tempoh masa yang ditetapkan, anda mungkin perlu menilai semula atau mengubah suai tabiat perbelanjaan, atau menimbang menukar matlamat perancangan kewangan kepada yang lebih realistik.

Usia terlalu muda bukan alasan untuk kita tidak mula menguruskan kewangan.

Malah, ibu bapa perlu mengajar tabiat perbelanjaan yang baik dan kemahiran pengurusan kewangan kepada anak mereka.

Sebagai contoh, daripada memberikan barang permainan kepada anak secara terus, ibu bapa boleh memberikan anak mereka sejumlah wang saku bulanan sebagai ‘gaji’ kepada anak yang menyelesaikan sesuatu tugas, jadi mereka boleh menggunakan wang itu sebagai simpanan untuk membeli barang permainan berkenaan.

Dengan cara ini, kanak-kanak akan lebih menghargai nilai wang dan pada masa sama menikmati pulangan daripada tugasan yang mereka telah selesaikan seperti membantu membasuh kereta atau menyiram pokok.

Selain itu, Bank Negara Malaysia dengan kerjasama Persatuan Bank-bank di Malaysia turut menerbitkan buku panduan ‘Menguruskan Wang Anda’ yang menyediakan banyak panduan berguna mengenai kaedah berbelanja, menyimpan dan melaburkan wang anda.

Sebaik saja anda boleh menguruskan wang dengan teratur, anda boleh mula melihat kepada cadangan melaburkan lebihan wang yang anda bagi memaksimumkan pulangan

Kebanyakan bank sekarang mempunyai pegawai perancang kewangan yang boleh memberikan nasihat yang dapat membantu anda cara terbaik melaburkan wang.

Sumber: Persatuan Bank-bank di Malaysia (ABM)

10 CARA BERJIMAT

alah satu cara yang paling express untuk kumpul duit ialah kurangkan perbelanjaan & cari jalan untuk jimatkan duit. Berjimat salah satu benda paling susah nak buat. Hari ni azam nak jimat, tapi esok tengok tengok dah habis duit beli itu ini
Mungkin ada yang nak kahwin, ada yang tengah aim nak tukar kereta baru, nak melancong, atau apa apa je la yang memerlukan bajet besar. So, dari awal-awal ni beringat & berjimat lah. Tak la nanti, last last mini duit tak cukup. Tak pasal pasal kena cancel plan.

1. Masak sendiri
Elakkan makan kat luar.Bukan je dapat berjimat tapi terjamin dari segi kebersihan & kesihatan. Maklumlah sekarang nie, semua benda dah naik harga.. terutamanya makanan! So, kalau masak sendiri dah boleh kurang sikit belanja tu. Tapi untuk yang duduk kat hostel tu, terpaksalah makan kat kafe.

2. Potong langganan yang tak penting
Contoh langganan yang tak berapa penting nie macam langganan majalah2 atau Astro. Sebaliknya bacalah e-magazines yang berlambak dalam Internet tu dan layanlah siaran TV daripada stesen TV tak berbayar seperti TV1, TV2, TV3 & etc.. Gerenti boleh jimatkan kos!

3. Pakai prepaid instead of postpaid
Time bercouple nie la yang banyak habis duit, betul tak? Bergayut, sms-ing jugak banyak menelan belanja. Kalau kita pakai postpaid, kita akan terus bersembang berjam2 lamanya tanpa mengira masa. Tengok tengok hujung bulan kena bayar 3-4ratus. Prepaid yang paling jimat ialah Digi Easy Prepaid. Untuk nombor yang kita set kan as BUDDY kita, call & sms free selagi kita punya prepaid tak expired la. Yang, tak boleh sangat nak kurang gayot & sms pergila la beli sim ni. Berbaloi!

4. Jangan asyik beli barangan branded

Kadang kadang, most people memang suka guna barangan branded. Better quality, kata mereka. Betul tu tapi harga confirm mahal! Tetapi korang kena ingat yang  sekarang nie, objektif  korang adalah untuk cut-cost demi nak save bajet untuk plan masing2. Lepas dah setelkan plan korang nanti, kalau korang nak beli barangan branded pon beli lah tapi biar lah berpada.

5. Jual barang-barang terpakai
Kalau kat rumah korang ada banyak barang-barang yang dah tak digunakan, tetapi masih lagi berkeadaan elok, apa kata jual jer barang2 tue kat kedai2 secondhand ataupun jual online. Selain ebay, lelong.com dan mudah.my adalah medium paling popular untuk menjual barang-barang. Tapi jangan pulak ko pi jual barang yang dah tak buleh pakai.

6. Jangan berhabis untuk modify/make-up kereta

Ada sesetengah orang suka sangat ‘menghias’ kereta dengan macam macam  aksesori, tukar enjin turbo, rendahkan ketinggian kerete, tukar sport rim, absorber & etc. Hmm.. tak rasa membazir ke?Dah la, barang barang untuk kereta ni agak mahal jugak. Yang pastinya, kalau aksesori tu memang diperlukan, takpe la kan? Kalau kereta tu dah elok2, tapi korang tetap nak modify nya untuk tampak lebih canggih, baik fikir dua tiga kali. Walaupun itu hobi kesayangan korang, tapi cuba kurang kan sikit  bab-bab modifications tu.

7. Jangan merokok!

Emm… yang nie mungkin susah sikit la untuk sesetengah orang nak ikut, kan? Kalau sudah addicted tuh, memang susah nak buang tabiat nie. Tapi kalau tak boleh berhenti pun, at least cubalah kurangkan sikit merokok tu. Selain dapat menyelamatkan nyawa korang, ia memang confirm boleh mengurangkan perbelanjaan bulanan korang. Takpon gulung je rokok daun. Nampak tua pon tak pe, asal duit berkepuk.Kalau mati pon, banyak harta tinggal kat anak bini.=p

8. Kurangkan beli gajet2 elektronik
Di zaman IT yang serba canggih nie, macam ada tarikan magnet untuk beli dan guna gajet2 yang mewah dan berteknologi tinggi misalnya PS3, Garmin, Tablet PC & etc. Kebanyakan gajet gajet nie memang mahal. Kalau betul betul nak berjimat, buat wish list dulu, then lepas dah setel plan2 yang penting tu, barulah korang  beli gajet2 nie. Teknologi ni kalau nak kejar memang tak kan pernah dapat. So, tak yah la beriya sangat nak beli gajet gajet yang terlatest.

9. Kurangkan ‘dating’

Weekend mungkin  masa yang korang tunggu2 untuk keluar ‘dating’  dengan buah hati tersayang. Masa keluar nie, memang confirm duit pun akan ‘keluar’ sama. Contohnya, kalau bajet untuk ‘dating’ pada setiap weekend ialah RM50, dalam sebulan tak ke jadi RM200? Banyak gak tu kan. So, baik simpan duit & kahwin je terus nak dating hari hari pon parents tak bising.

10. Berkongsi kereta

Istilah glamernya ‘carpool’. Cara ini ada pros dan cons dia yang tersendiri. Ada sesetengah orang suka guna cara ni dan ada jugak  yang kurang gemar kongsi kereta. Tapi, kalau korang  jenis yang tak suka memandu sendirian, apa salahnya kalau cuba cara nie.Ingat, kalau berkongsi kereta, kenalah adil, dan kena ikut giliran jangan pulak asyik kita jer yang jadi driver & keluar duit isi minyak. ‘Tong-tong’ lah dengan penumpang yang lain.
Berjimat ni kena mula dari awal. Kalau last minit baru nak jimat memang tak efektif langsung. Yang mana yang kita rasa mampu jimat, kita jimat. Simpan duit ni, bukan untuk orang lain untuk diri kita jugak kan?

Tuesday, April 24, 2012

LANGKAH-LANGKAH JIMAT UNTUK BERJIMAT SECARA EFEKTIF

Langkah Pertama : Jangan beli perkara yang tidak perlu.
Langkah Kedua : Tukar jenama yang mahal kepada jenama yang lebih murah dan berkualiti.
Langkah Ketiga : Jimatkan penggunaan minyak.
Langkah Keempat : Gunakan alatan elektrik sekali lalu.
Langkah kelima : Sentiasa tutup suiz elektrik.

Cara-Cara Bajet

Tips Bajet. Anda hendak rancang bajet ? Tetapi tidak tahu jumlah sebenar wang yang anda gunakan untuk berbelanja ? Artikel ini boleh membantu anda. Salah satu sebab kenapa orang gagal melaksanakan bajet yang mereka rancang adalah di sebabkan mereka merancang bajet yang silap.Mereka ingat, mereka hanya berbelanja sekitar RM 700 seminggu. Namun, apabila tiba pada hari perlaksanaan, mereka sentiasa terlebih belanja di sebabkan keadaan bajet yang tidak stabil. Ada sahaja perkara yang memerlukan belanja, tetapi mereka terlepas pandang dan terpaksa keluarkan wang yang luar dari rekod bajet. Perkara pertama yang perlu anda lakukan untuk memastikan anda akan berbelanja kurang dari pendapatan yang anda peroleh adalah mengetahui jumlah sebenar wang yang terpaksa anda keluarkan setiap bulan berdasarkan perbelanjaan seharian anda. Apabila anda tahu keadaan sebenar cara anda berbelanja atau habit anda berbelanja, anda dapat kurangkan yang mana perlu dan seterusnya berjimat. Pada bulan pertama, anda simpan semua resit pembelian dan dalam masa yang sama anda catat satu diari yang berkisahkan perbelanjaan anda pada setiap hari. Dalam diari itu, anda catat semua perbelanjaan yang anda keluarkan pada setiap hari. Catatkan perkara yang anda beli dan harganya. Catatkan walaupun harganya 20 sen seperti bayaran tempat letak kereta. Walaupun nilainya kecil, anda perlu catat kerana anda boleh kurangkan pembaziran pada perkara yang tidak perlu. Kemudian anda kenalpasti pula bayaran bil – bil utiliti seperti elektrik, air, broadband, astro dan segala keperluan anda yang lain. Tetapkan jumlah wang yang tetap bagi bayaran bil – bil ini. Katakan anda hanya mampu membayar sekitar RM 400 sebulan untuk bayaran bil, anda perlu pandai mengurangkan yang mana perlu dan yang mana tidak perlu. Contohnya jika bayaran bil bagi elektrik adalah tinggi, anda cuba lakukan penjimatan selama sebulan. Jika anda dapati harga bil tersebut masih tinggi bermakna memang rumah anda menggunakan elektrik pada kadar kuasa yang tinggi, jadi anda jimatkan pula pada bahagian lain seperti kurangkan langgan siaran astro, tukar talian telefon pada prepaid dan rendahkan langganan kapasiti broadband. Anda juga boleh bahagikan perbelanjaan dalam diari harian anda kepada barang dapur, utility, hutang wajib bayar seperti rumah dan kereta, hiburan, pakaian, isi rumah dan sebagainya yang anda rasa perlu. Tulis diari anda secara konsisten selama 2 hingga 3 bulan. Pada bulan pertama anda akan nampak secara kasar habit berbelanja anda dan tahu jumlah sebenar yang anda belanjakan. Anda rancang bajet untuk bulan kedua dan laksanakan bajet anda. Pada bulan kedua anda perlu catat diari lagi untuk menilai sejauh mana anda laksanakan rancangan bajet anda. Hendak berjimat bukannya mudah kerana anda perlu ubah kebiasaan anda membazir kepada tidak membazir. Ketahui cara anda berbelanja, nescaya anda dapat cari cara hendak berjimat.

Wednesday, April 18, 2012

CARA BERJMAT-CERMAT

Apakah yang dimaksudkan dengan menjadi Cermat?

Kita mungkin tidak menyukai perkataan ini dalam kehidupan seharian kita tetapi, hari ini kita akan lebih kerap mendengarnya. Tanyalah nenek moyang kita, dan selalunya mereka akan memberitahu yang gaya hidup mereka sinonim dengan perkataan ini. Hari ini, orang mungkin berpendapatan lebih daripada nenek moyang mereka, jauh lebih banyak, tetapi entah bagaimana, duit kita sentiasa tidak mencukupi, apatah lagi untuk menyimpan. Tidak hairanlah kerana pada masa dahulu, anda boleh membeli semangkuk mee dengan harga lima sen tetapi pada hari ini, peminta sedekah pun akan merungut dengan lima sen yang anda beri kepadanya!

Bercermat atau berjimat cuma bermaksud mengurus demi untuk menyimpan. Bermakna, anda mendapat sebanyak mungkin duit anda. Orang yang cermat sentiasa mencari jalan untuk menjimat masa, duit dan tenaga, dan di sini kami tegaskan yang bercermat bukan bermakna menjadi kedekut atau “kiam-sap” seperti kata orang-orang Hokkien.

Bagaimana saya boleh Bercermat atau Berjimat?

Terdapat banyak cara untuk hidup dengan duit yang sedikit dan di bawah adalah beberapa cadangan yang dapat membantu anda berhemat dengan wang Ringgit anda:


kurangkan perbelanjaan harian anda – sebelum anda membeli sesuatu, tanya diri anda:
1. Adakah saya betul-betul perlukan ini?
2. Bolehkah saya mendapatnya di tempat lain pada harga yang lebih murah?
3. Bolehkah saya mendapatnya secara percuma?



* Batalkan sesuatu yang menelan perbelanjaan yang besar daripada bajet anda – tidak menggunakan kereta (aduh!) dan jimat duit minyak, membaiki kereta, cukai jalan, insuran kereta dan tol atau, cadangan yang kurang menyakitkan, cuba turunkan taraf kereta anda, seperti membeli kereta yang berkapasiti lebih rendah.



* Kurangkan penggunaan – tutup semua lampu apabila tidak digunakan dan gunakan lampu yang jimat tenaga, kurangkan penggunaan hawa dingin, basuh pakaian dengan muatan penuh dan keringkan pakaian di luar (daripada menggunakan mesin pengering) dan tutup semua alatan elektrik apabila tidak digunakan.



* Kurangkan sampah – gunakan kertas di kedua-dua belah muka surat (jika dibenarkan, buat catatan tanpa kertas!) dan gunakan kain lampin daripada lampin pakai buang.



* Guna semula atau Kitar semula – jika boleh, jadikan sampah anda baja (yang boleh digunakan untuk menanam sayur anda sendiri!), usahakan kebun sayur dan tukarkan sampah anda kepada duit!



* Jadikan barang bertahan lebih lama – perbaiki pakaian, kasut digam semula dan baiki barang sebelum ia tidak boleh dibaiki lagi.



* Cari kegunaan baru untuk barangan lama – cat perabot lama, buat kuilt daripada pakaian lama, dan jadikan meja besar lama kepada meja tulis. Dalam erti kata lain, kitar semula, kitar semula dan kitar semula!



* Cari barang pengganti yang lebih murah – beli jenama umum, membeli-belah semasa ada jualan murah, menyewa daripada membeli


Anda juga boleh berjimat dengan memenuhi keperluan anda secara kreatif, dengan berkongsi bersama orang lain dan menggunakan sumber awam. Di sini terdapat beberapa cara lagi untuk berjimat:


* Cari hiburan yang percuma atau murah.



* Berkongsi dalam pembelian yang besar>

Perkongsian boleh membantu anda mendapat apa yang anda perlukan pada kos yang rendah. Sebagai contoh, mungkin anda berkongsi dengan jiran anda sebuah tangga, gerudi elektrik dan mungkin pembersih vakum. Anda juga boleh berkongsi banyak permainan anak anda dengan rakan dan ahli keluarga anda, dan berkongsi kereta untuk pergi dan balik kerja juga adalah satu lagi contoh yang baik.


* Bertukar barangan atau perkhidmatan.

Ya, kita hidup dalam dunia moden tetapi siapa kata yang kita tidak boleh mengamalkan pertukaran barangan? Sebenarnya anda boleh membuat pertukaran kepada semua jenis barang. Jika anda pandai menggunting rambut dan rakan anda pandai membuat kek, buat pertukaran kemahiran. Anda berdua mendapat apa yang anda perlukan dan anda berdua dapat jimat duit. Fikirkan tentang kemahiran anda, perkara yang anda gemar dan perkara yang anda lakukan dengan baik. Kemudian, fikirkan tentang kemahiran dan bakat rakan, ahli keluarga dan jiran anda. Bertanya kepada mereka yang anda kenali, yang mahu membuat pertukaran dengan anda. Mulakan dengan sesuatu yang mudah dan lihat bagaimana ia berjalan. Siapa tahu, anda mungkin memulakan satu lagi “eBay”!

BERBELANJA SECARA BERHEMAH

Sebagai pengguna yang bijak,kita boleh berbelanja secara berhemah melalui beberapa cara iaitu:
1.menetapkan perbelanjaan bulanan dengan nisbah 3:1 untuk keperluan dan kemahuan.
2.menyenaraikan barangan yang hendak dibeli sahaja.
3.berusaha sebaik mungkin untuk membeli secara berseorangan
4.berfikir sama ada barang itu keperluan atau kemahuan..
Sebagai pengguna juga hendaklah memaksimakan kreativiti dan inovasi dalam kehidupan seperti:
1.bercucuk tanam separti sayur-sayuran,buah-buahan dan lain-lain
2.mengitar semula bahan terbuang seperti surat khabar,kayu plastik tin dan lain-lain