Tuesday, April 17, 2012

DEFINISI Berhenti Membeli Belah, Mulakan Kehidupan

Salam dan selamat sejahtera ,slogan ‘Berhenti Membeli Belah, Mulakan Kehidupan‘ bukan bermaksud berhenti mendadak dalam perniagaan.Sebenarnya, maksud slogan ‘Berhenti Membeli Belah Mulakan Kehidupan’adalah bermaksud untuk mengurangkan membeli belah secara boros dan hendaklah berbelanja secara berhemah.


.Ramai masyarakat zaman ini lebih suka menghabiskan masa dengan bersiar-siar di pusat-pusat hiburan seperti pusat beli-belah. Kebanyakan masyarakat suka menghabiskan wang secara berlebih-lebihan dengan membeli-belah melebihi keperluan seharian. Hal ini meyebabkan wang yang digunakan oleh masyarakat tidak bertepatan dengan ekonomi pada masa ini. Ekonomi kian merosot oleh kerana kekurangan wang untuk membayar gaji pekerja. Ini disebabkan oleh sikap sesetengah masyarakat yang terlalu banyak menghabiskan masa dengan membeli-belah melebihi kemampuan dan keperluan. Mereka berbelanja mengikut kemahuan dan nafsu sehingga terdesak untuk meminjam wang dengan pelbagai cara,contohnya penggunaan kad kredit yang terlampau dan melalui pinjaman ALONG dan juga melalui institusi pinjaman bank. Akibatnya bebanan hutang semakin bertambah jika tidak dapat melunaskan pinjaman tersebut mengikut perjanjian atau tarikh yang ditetapkan. Selain itu, turut menjadi akibat jika kes jenayah semakin berleluasa. Disebabkan kekurangan wang, mereka terpaksa mencuri,merompak,membunuh,meragut dan menculik kanak-kanak demi untuk mendapatkan wang tebusan . Tidak hairanlah jika segelintir masyarakat mengambil dadah oleh kerana tekanan yang melanda diri mereka.

No comments:

Post a Comment