Tetapkan matlamat anda.
Langkah
pertama dalam pelan perancangan kewangan adalah dengan menetapkan
matlamat kewangan seperti untuk membeli rumah, tujuan pendidikan anak
atau keperluan selepas bersara.
Matlamat perancangan kewangan
yang baik perlu dibuat secara lebih khusus, boleh diukur tahap
pencapaiannya dan terikat kepada satu tempoh masa.
Matlamat itu
mungkin boleh diubah mengikut keadaan, tetapi ia seharusnya menjadi
faktor penggalak dan motivasi untuk meneruskan bajet dan perancangan
kewangan.
Tahu ke mana wang anda mengalir.
Langkah
seterusnya adalah melihat corak atau tabiat perbelanjaan. Tulis setiap
butiran perbelanjaan yang dibuat untuk sesuatu jangka masa, contohnya
perbelanjaan dalam tempoh dua bulan.
Jika mendapati anda
berbelanja lebih daripada pendapatan, anda perlu menimbang untuk
mengurangkan perbelanjaan ke atas barangan mewah atau perkara yang tidak
perlu.
Apabila anda tahu ke mana wang itu mengalir, anda boleh
mula membuat bajet dan mula menyimpan ke arah mencapai matlamat kewangan
anda.
Peruntukan perbelanjaan akan bergantung kepada beberapa faktor seperti usia, pendapatan, tempoh masa dan corak perbelanjaan.
Bagaimanapun
anda seharusnya menyediakan sejumlah wang atau simpanan bagi tujuan
kegunaan di masa kecemasan seperti jatuh sakit atau dibuang kerja.
Jumlah simpanan bagi tujuan kecemasan ini perlu menyamai jumlah perbelanjaan anda untuk tempoh kira-kira enam bulan.
Menilai dan menyemak semula
Langkah
terakhir dalam menentukan kejayaan sesuatu perancangan kewangan adalah
dengan menilai dan menyemak semula pelan itu secara kerap.
Perancangan kewangan mungkin berubah apabila keperluan kita berubah apabila semakin menghampiri matlamat.
Jika
anda mendapati agak sukar mencapai matlamat mengikut tempoh masa yang
ditetapkan, anda mungkin perlu menilai semula atau mengubah suai tabiat
perbelanjaan, atau menimbang menukar matlamat perancangan kewangan
kepada yang lebih realistik.
Usia terlalu muda bukan alasan untuk kita tidak mula menguruskan kewangan.
Malah, ibu bapa perlu mengajar tabiat perbelanjaan yang baik dan kemahiran pengurusan kewangan kepada anak mereka.
Sebagai
contoh, daripada memberikan barang permainan kepada anak secara terus,
ibu bapa boleh memberikan anak mereka sejumlah wang saku bulanan sebagai
‘gaji’ kepada anak yang menyelesaikan sesuatu tugas, jadi mereka boleh
menggunakan wang itu sebagai simpanan untuk membeli barang permainan
berkenaan.
Dengan cara ini, kanak-kanak akan lebih menghargai
nilai wang dan pada masa sama menikmati pulangan daripada tugasan yang
mereka telah selesaikan seperti membantu membasuh kereta atau menyiram
pokok.
Selain itu, Bank Negara Malaysia dengan kerjasama
Persatuan Bank-bank di Malaysia turut menerbitkan buku panduan
‘Menguruskan Wang Anda’ yang menyediakan banyak panduan berguna mengenai
kaedah berbelanja, menyimpan dan melaburkan wang anda.
Sebaik
saja anda boleh menguruskan wang dengan teratur, anda boleh mula melihat
kepada cadangan melaburkan lebihan wang yang anda bagi memaksimumkan
pulangan
Kebanyakan bank sekarang mempunyai pegawai perancang
kewangan yang boleh memberikan nasihat yang dapat membantu anda cara
terbaik melaburkan wang.
Sumber: Persatuan Bank-bank di Malaysia (ABM)
No comments:
Post a Comment